Wednesday, August 26, 2009

Keunikan Bahasa Arab

Bahasa Arab begitu dekat di hati orang Melayu dan hampir 1700 patah perkataan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu sejak kedatangan Islam di Nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dahulu, kini dan selamanya yang mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya setiap hari kita diwajibkan solat yang mana bacaan doanya dalam bahasa Arab. Begitu juga laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga dalam bahasa Arab.

Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat. Kajian oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini diakui dan dibuktikan oleh pakar ilmu bahasa, pengkaji bahasa dan pekamus Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadiaan struktur sesebuah negara bangsa.

Dengan menguasai bahasa Arab, kita dapat mendalami inti pati dan pengertian Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan kitab2 muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Kemahiran berbahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan dalam sembahyang, doa2, wirit, zikir dan sebagainya yang sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak kreatif, kurang dinamik dan "pak turut" yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh hal demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-Quran ini sebaik mungkin.

Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia yang berjaya menarik banyak orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab ialah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, bahasa Arab tetap memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Negara Islam. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam di seluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih sesuai dan progresif bagi mendepani segala anasir2 negatif yang boleh menganggu-gugat kestabilan Islam.

Menurut Munif Zarirruddin Fikri Nordin pula, bahasa Arab turut membantu dalam memperkembangkan bahasa Melayu dalam era globalisasi. Penggunaanya dalam memahami al-Quran dan hadis turut memberi impak besar kepada seluruh aspek pembangunan lahiriah dan rohaniah tamadun Islam, termasuk bahasa dan pemikiran Melayu. Ia menyerlahkan keupayaan bahasa Arab sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, bersifat ilmu pengetahuan, tepat dan jitu. Bagi pemikir Islam Dr. Yusuf al-Qardhawi pula, fungsi bahasa Arab dan hubungannya dengan maju mundurnya agama Islam, merupakan satu hubungan yang saling melengkapi dan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hubungan ini seperti hubungan jasad dan roh. Negara2 maju hari ini amat berhutang budi dengan kedatangan Islam yang pertama kali menjalinkan hubungan dengan dunia Eropah sekitar abad kelapan dan kesembilan. Hal ini dapat dilihat melalui penyerapan perkataan Arab dan memperkembangkan bahasa Inggeris yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Misalnya, admiral, hazard, alcohol, safari, algebra, saffron, azure, sandal, calender, sugar, cotton, tambourine, crimson, tafiff, gazella, traffic, giraffe dan zero adalah berasal dari bahasa Arab.

Pemikir dan pendakwah Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".


Dipetik dari,
Madzlina Hj Nordin
Majalah Dewan Bahasa
Edisi Januari 2008

Sunday, August 16, 2009

Yang Satu

Mencari Yang Maha Satu
Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buatku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi


Seandai ada yang memberi ruang
Akanku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk darimu oh ILLAHI


(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan disetiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya kuterima seadanya


(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri memerlukan
Petunjuk darimu oh ILLAHI

(Kau Yang Maha Satu)

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagonganMU
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
bermulalah cerita & dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
Wujud Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari...maha ESA
Aku akui adalah langkah serongku tak lah hasratku setajam itu
Yang amatku risau lidah hujan di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)